ucapan terima kasih jua diucapkan buat ketiga tiga ahli OPTION yang juga terlibat dan bertarung nasib didalam perlumbayaan pada 1.4.2012 namun rezeki belum memihak kepada mereka bertiga tapi apapun terima kasih juga diucapkan atas sumbangan khidmat tenaga dan kerjasama yang diberikan dalam sama sama mendokong dan menaikkan nama option
HAJI KAMAL BIN LAMAT
beliau salah seorang ahli yang boleh dikatakan amat berpengalaman dalam Tamiya dan Team Option namun beliau terpaksa mengundurkan diri disaat saat akhir diatas sesuatu sebab yang tak dapat dielakkan tapi diucapkan terima kasih kerana telah sama sama menjayakan perlawanan pada 1.4.2012 dan kerjasama beliau amat dihargai dan diharap akan terus membanting tenaga bersama ahli yang lain
HAMRAN BIN HAJI OMAR
terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup datang dari jauh dan sama sama bertungkus lumus untuk memenangi perlumbaan dan mengharumkan nama Option tapi sayang kemenangan dan rezeki belum berpihak kepada beliau namun atas kegigihan dan kerjasama yang diberikan dan dicurahkan amat dibanggakan dan dihargai dan diharap agar beliau tidak berputus asa untuk terus mencuba dan membuktikan kesungguhan beliau didalam option. ahli sebeginilah yang selalu diharapkan dan perlu diberi kepujian kerana tanpa mengira kepenatan dan kepayahan yang dihadapi beliau tetap bersungguh sungguh dan bekerja keras untuk memenangi perlawanan....Syabas sekali lagi
AK HISHAM BIN PG MD TAIB
salah seorang ahli Option yang juga selalu bersama mengganding bahu dan menyumbangkan tenaga tapi beliau juga terpaksa mengurungkan niat dalam perlawanan pada 1.4.2012 diatas sebab yang tertentu dan tidak dapat dielakkan dan diharap akan dapat meneruskan harapan yang belum tercapai didalam perlawanan yang akan datang dan menguatkan lagi semangat demi keutuhan dan kecemerlangan Team Option seperti kata pepatah "Bersatu kita teguh bercerai kita roboh", ringan sama dijinjing berat sama dipikul