Pages

Thursday, 5 April 2012

KTL Speed anjur uji masa kereta mini 4WD

KTL Speed anjur uji masa kereta mini 4WD

Oleh Ahmed Daniel


MEDIA PERMATA - 2 APRIL 2012 (ISNIN)
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April - Pasukan KTL Speed sekali lagi telah mengadakan perlumbaan uji masa bagi kereta mini 4WD (1:32) baru-baru ini.
Kejohanan selama sehari itu telah berjaya menarik peminat kereta model bersekala 1:32 itu. Kira-kira 30 orang telah menyertai perlumbaan uji masa yang terbahagi kepada tiga kategori dengan jarak trek sepanjang 200 kaki dengan 6 kali pusingan.
Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang kejohanan ialah Awang Mark Soon Seng, Pengurus Warisan Utama Jaya Department Store.
Dalam kategori pertama iaitu Mini 4WD bagi perlumbaan uji masa tersebut telah dimenangi oleh Awang Adam dari SLT Team dengan catatan masa 24.72 saat, manakala dalam kategori kedua iaitu Speed HW1000 dimenangi oleh Awang Afif Hakimin dari KTL Speed dengan catatan masa 18.48 saat. Pemenang bagi kategori ketiga iaitu kategori "speed open" telah dimenangi oleh Awang Ali Hassan dengan catatan masa 17.00 saat dari Team-Option.
Tujuan perlumbaan uji masa ini adalah untuk menarik peminat kereta mini 4WD yang kini mendapat sambutan yang mengalakan dalam usaha untuk mempromosi kegiatan yang bermanfaat kepada masyarakt umum sama ada dari peringkat muda hingga tua terutama golongan belia. Di samping itu, acara terse but bagi mengisi masa dengan berfaedah serta bertukar-tukar pendapat mengenai kereta mini 4WD.