Pages

Monday, 2 April 2012

TAHNIAH OPTION






Tahniah buat Team Option yang terdiri dari Hassan, Sadad dan Azman dan juga anggota yang telah terlibat sama yang sudah bertungkus lumut dan bekerja keras untuk memenangi race kali ani anjuran KTL 2012 yang bertempat di Warisan Complex, Jalan Muara pada 1April 2012(ahad). usaha dan kesungguhan kalian akhirnya berbaloi dan mendatangkan hasil yang amat memuaskan dan membanggakan dan tidak sia sia bersengkang mata setiap hari demi mencapai impian yang diharapkan dan cita cita untuk mengangkat nama Team Option keperingkat yang lebih baik lagi. usaha gigih dan berkat kerjasama (Team work)yang sudah dibuat akan menjadi contoh buat angggota anggota Option yang lainnya. bak kata pepatah "berat sama dipikul ringan sama dijinjing". biarlah kesusahan, kepayahan, kemenangan & kegembiraan akan dapat dirasakan dan dikongsi bersama dan hindarilah dari sikap camah mata diantara ahli kerana tertubuhnya team Option ani atas persetujuan semua ahli untuk bersama dan bersatu dalam apa jua rintangan sekalipun. berilah sokongan padu agar nama OPTION akan selalu bersinar, diingat dan disanjung dalam arena Tamiya Mini samada diperingkat biasa ataupun diperingkat antarabangsa InsyaAllah. - terima kasih
(sekadar renungan, perhatian & ingatan bersama)

No comments:

Post a Comment